BERITA UTAMA

Sistem parkir digital mudahkan urusan, rekod tiga juta pengguna

27 Jun 2023, 2:57 AM
Sistem parkir digital mudahkan urusan, rekod tiga juta pengguna

SHAH ALAM, 27 JUN: Aplikasi Smart Selangor Parking (SSP) memanfaatkan tiga juta pengguna sejak diperkenal pada Julai 2018, kata EXCO pengangkutan awam.

Ng Sze Han memaklumkan aplikasi pintar yang menggabungkan sistem parkir pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negeri memudahkan pengguna membuat bayaran.

"Melalui sistem ini, cara pembayaran lebih cepat dan mudah. Setakat ini, tiga juta pengguna direkodkan. Bermula tahun lalu, tiada lagi tiket parkir kertas, sekali gus mengurangkan pembaziran bahan itu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sze Han berkata trend pertambahan pengguna setiap tahun menunjukkan rakyat menyambut baik penggunaan SSP dan bersedia menuju ke arah Negeri Pintar menjelang 2025.

Dibangunkan Smart Selangor Delivery Unit (SSDU), aplikasi itu inisiatif negeri bagi mendigitalkan urusan PBT untuk memudahkan pengguna membayar parkir dan saman.

Menerusinya, pengguna hanya perlu memilih kawasan PBT dan mengisi nombor pendaftaran kereta, dengan bayaran dibuat berdasarkan tempoh meletak kenderaan.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619