AGENDA

Pemandu bas wajib daftar, carum Perkeso - menteri

25 Feb 2021, 9:21 AM
Pemandu bas wajib daftar, carum Perkeso - menteri

PUTRAJAYA, 25 FEB: Semua pemandu bas yang bekerja sendiri diwajibkan untuk mendaftar dan mencarum dengan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan dalam kenyataan hari ini berkata ia susulan pelaksanaan Peraturan-Peraturan Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (Kadar Caruman Bagi Pemandu Bas) (Pindaan) 2021.

"Sekiranya gagal berbuat demikian, pemandu bas boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Saravanan berkata sehingga semalam, seramai 81,331 pencarum aktif yang bekerja sendiri direkodkan berdaftar dan mencarum di bawah SKSPS Perkeso, termasuk 1,346 pemandu bas.

Sehingga kini, katanya sebanyak RM2.35 juta faedah SKSPS telah dibayar kepada orang bekerja sendiri termasuk orang tanggungan mereka apabila pencarum mengalami kemalangan atau meninggal dunia akibat bencana pekerjaan.

"Selaku menteri bertanggungjawab, saya ingin menyeru semua pemandu bas serta orang bekerja sendiri yang layak agar segera mendaftar dan mencarum bagi memastikan anda mendapat perlindungan di bawah SKSPS," katanya.

Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789) yang memberi perlindungan kepada individu yang menjalankan pekerjaan sendiri mula dikuatkuasakan pada 1 Jun 2017.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619