AGENDA

Pemandu bas ditahan, didakwa di mahkamah esok

12 Jun 2025, 10:01 PM
Pemandu bas ditahan, didakwa di mahkamah esok

IPOH, 12 JUN: Pemandu bas yang terlibat dalam nahas mengorbankan 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, Isnin lepas, ditahan polis petang tadi.

Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata lelaki berusia 39 tahun itu ditahan pada 6 petang sebaik dibenarkan keluar dari Hospital Taiping selepas dirawat di hospital itu akibat kecederaan dialami disebabkan kemalangan terbabit.

"Lelaki berkenaan akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik dan kita telah mendapat arahan daripada AGC (Jabatan Peguam Negara), (dia) akan didakwa di Mahkamah (Majistret) Gerik esok," katanya ketika dihubungi malam ini.

Dalam kejadian Isnin lepas, 15 penuntut UPSI maut apabila bas sewa khas yang mereka naiki dari Jertih, Terengganu ke kampus utama di Tanjung Malim, Perak terbalik selepas terlibat dalam pelanggaran dengan kereta Perodua Alza di laluan JRTB.

Kemalangan itu turut mengakibatkan 33 individu cedera, termasuk pemandu dan kelindan bas serta pemandu dan tiga penumpang Perodua Alza.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619