ADN

Projek atasi banjir kilat Jalan Sungai Chua siap akhir Mac

25 Feb 2021, 12:08 AM
Projek atasi banjir kilat Jalan Sungai Chua siap akhir Mac

SHAH ALAM, 25 FEB: Kerja menaik taraf sistem saliran di belakang Winnie Plaza, Jalan Sungai Chua, Kajang dijangka siap sepenuhnya akhir Mac ini.

Ahli Dewan Negeri Balakong Wong Siew Ki berkata projek menangani insiden banjir kilat mencapai kemajuan 90 peratus sejak dimulakan kira-kira dua tahun lalu.

"Kawasan ini antara titik panas banjir jika hujan lebat, justeru diharap pembaikan tersebut membolehkan aliran air lebih lancar ke Sungai Langat," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, Kerajaan Negeri memperuntuk lebih RM1 juta bagi menjayakan projek kendalian Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor dengan sebahagian dana untuk penjajaran kabel utiliti.

"Ramai ingat projek ini tidak bergerak, sebaliknya ia mengambil masa kerana melibatkan kos besar. Kita berterima kasih kepada semua pihak yang menjayakannya," kata Siew Ki.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619