ADN

Wakil rakyat Balakong anjur festival jualan, bantu peniaga jana pendapatan

7 Okt 2022, 7:30 AM
Wakil rakyat Balakong anjur festival jualan, bantu peniaga jana pendapatan
Wakil rakyat Balakong anjur festival jualan, bantu peniaga jana pendapatan

Oleh SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

HULU LANGAT, 7 OKT: Peniaga sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong berpeluang menjana pendapatan menerusi Festival Perindustrian, Kebudayaan dan Kesenian Balakong di Dataran C180 di sini pada 29 dan 30 Oktober.

Wakil rakyatnya Wong Siew Ki berkata orang ramai juga berpeluang mendapatkan pelbagai barangan termasuklah makanan, keperluan asas dan barangan bayi di festival dua hari yang bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.

“Mereka ini kebanyakannya memulakan perniagaan ketika Perintah Kawalan Pergerakan jadi ini adalah platform promosi terbaik selain meluaskan rangkaian pelanggan mereka.

“Festival berkenaan turut dimeriahkan dengan beberapa program lain seperti pertandingan memasak dan mewarna untuk kanak-kanak,” katanya ketika ditemui pada program Jelajah Ehsan Rakyat di sini, hari ini.

[caption id="attachment_543364" align="aligncenter" width="712"] Orang ramai mengambil peluang membeli barangan keperluan asas pada harga murah sempena program Jelajah Ehsan Rakyat di Taman Cheras Prima, Balakong pada 7 Oktober. Foto SUHAILA SHAHRUL ANNUAR/SELANGORKINI[/caption]

Mengulas mengenai jualan murah anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor, Siew Ki berkata pihaknya memohon penambahan kawasan bagi memastikan lebih ramai penduduk menerima manfaat.

Jualan barangan keperluan asas pada harga murah bagi DUN Balakong dijadual berlangsung di Taman Kasturi pada 11 Oktober dan Balai Raya Kampung Sungai Chua (13 Oktober).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619