AGENDA

Selangor antara empat negeri kekal PKP hingga 4 Mac

16 Feb 2021, 9:23 AM
Selangor antara empat negeri kekal PKP hingga 4 Mac

SHAH ALAM, 16 FEB: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang yang dijadual tamat pada Khamis ini dilanjutkan sehingga 4 Mac.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata PKP Bersyarat (PKPB) pula dilaksana di Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah, Sarawak, Putrajaya dan Labuan.

"Manakala, Perlis pula satu-satunya negeri dalam fasa PKP Pemulihan (PKPP). Kes banyak menurun bermula minggu kelima tahun 2021 iaitu selepas dua minggu pelaksanaan PKP.

"Kes import juga menurun tetapi kes masih kekal tinggi di beberapa negeri, justeru kita melaksana PKP, PKPB dan PKPP di beberapa negeri selama dua minggu," katanya pada sidang media hari ini.

Sebelum ini, kerajaan menguatkuasakan semula PKP bermula 4 Februari lalu berikutan peningkatan mendadak kes Covid-19 dan kewujudan kluster baharu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619