BERITA UTAMA

MB harap sumbangan tablet, inisiatif taska bantu KKM

4 Feb 2021, 1:43 PM
MB harap sumbangan tablet, inisiatif taska bantu KKM

SHAH ALAM, 4 FEB: Sumbangan tablet dan pembukaan taska untuk anak petugas barisan hadapan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Serdang diharap dapat membantu Kementerian Kesihatan Malaysia.

Dato' Menteri Besar berkata inisiatif tersebut merupakan salah satu bentuk kerjasama Kerajaan Selangor dan kerajaan persekutuan dalam menangani wabak Covid-19 di negeri ini.

"Saya menyerahkan tablet sumbangan Kerajaan Negeri untuk kegunaan para petugas barisan hadapan di PKRC Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

"Saya turut mengambil kesempatan melawat taska sementara untuk anak-anak petugas di PKRC," katanya menerusi Facebook hari ini.

Pada Selasa lalu, Amirudin berkata taska yang menempatkan anak petugas hadapan di PKRC Serdang bakal beroperasi mulai Isnin depan dan 41 kanak-kanak sudah berdaftar setakat ini.

Beliau turut menyerahkan 14 unit tablet bagi melancarkan urusan petugas kesihatan yang berkhidmat di pusat rawatan tersebut.

Kerajaan Selangor melaksanakan Inisiatif Cakna Anak Barisan Hadapan secara percuma selama dua bulan untuk meringankan beban petugas hadapan yang berusaha menangani penularan Covid-19.

Program itu melibatkan pembukaan dan operasi taska serta pusat jagaan sementara di hospital awam juga premis sementara yang bakal memanfaatkan hampir 400 keluarga.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619