AGENSI

LZS sumbang tablet kepada 50 anak asnaf duduki SPM di Sepang

29 Okt 2022, 6:37 AM
LZS sumbang tablet kepada 50 anak asnaf duduki SPM di Sepang

SHAH ALAM, 29 OKT: Seramai 50 calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2022 di dearah Sepang menerima bantuan tablet bagi memudahkan sesi pembelajaran secara dalam talian.

Lembaga Zakat Selangor (LZS) berkata penerima terbabit merupakan anak asnaf fakir, miskin dan mualaf hasil semakan pihaknya dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia.

"Bantuan ini di bawah Zakat Selangor Peduli (ZSP) yang bertujuan meringankan beban keluarga asnaf dan memudahkan pembelajaran secara dalam talian," katanya menerusi Facebook.

Majlis serahan di Masjid Jamek Sultan Hisamudin, Bandar Baru Salak Tinggi disempurnakan Penolong Pejabat Pendidikan daerah (PPD) Pendidikan Islam, Sektor Pembelajaran Daerah Sepang, Mohd Faizal Husin.

Turut hadir Ketua Operasi Agihan Daerah Sepang, Mohd Helmi Mohd Nuri, wakil Jabatan Pengurusan Pendidikan, Siti Asmah Mohd Usrin dan Eksekutif Pembangunan Asnaf, Abu Luqman Abdul Bahar.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619