ADN

DUN Bukit Melawati teliti permohonan komputer riba pelajar B40

25 Jan 2021, 2:37 AM
DUN Bukit Melawati teliti permohonan komputer riba pelajar B40

SHAH ALAM, 25 JAN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati sedang meneliti permohonan pelajar kurang berkemampuan mendapatkan komputer riba bagi mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Wakil rakyat Juwairiya Zulkifli berkata setakat ini pihaknya menerima kira-kira 20 permohonan membabitkan pelajar sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT).

"Kita sedang mengusahakan komputer riba baharu bagi kegunaan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) yang benar-benar memerlukan berdasarkan semakan kelayakan.

"Sumbangan ini nanti diharap dapat membantu proses pembelajaran yang lebih berkesan sekali gus memudahkan urusan mereka," katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Beliau berkata kekurangan alat peranti seperti gajet dan komputer menyukarkan pelajar khususnya di luar bandar belajar secara dalam talian sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Antara norma baharu pendidikan adalah pembelajaran di rumah menggunakan aplikasi media, maka terdapat beberapa cabaran terutama bagi pelajar di kawasan luar bandar dan golongan B40.

"Ia termasuk ketiadaan atau tidak cukup kelengkapan gajet untuk belajar apatah lagi jika anak yang bersekolah lebih dua orang," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619