ADN

Penyelaras DUN Bukit Malawati atasi segera isu sampah 13 kampung

15 Feb 2024, 12:34 AM
Penyelaras DUN Bukit Malawati atasi segera isu sampah 13 kampung
Penyelaras DUN Bukit Malawati atasi segera isu sampah 13 kampung

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 15 FEB: Isu sampah di 13 kampung sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Malawati diatasi segera secara berperingkat.

Penyelaras S Thiban berkata pihaknya menerima banyak aduan berkenaan masalah kutipan dan pembuangan sampah serta pembakaran terbuka.

[caption id="attachment_628683" align="alignleft" width="341"] Penyelaras DUN Bukit Melawati S Thiban membuat tinjauan ke sebuah kampung tradisi di DUN Bukit Malawati baru-baru ini. Foto S Thiban[/caption]

“Saya sedang meneliti beberapa tindakan segera termasuk perkenalkan sistem pengurusan sampah kampung yang lebih efisien setelah berunding dengan semua pihak. Kita akan fokus kepada kesejahteraan kampung.

"Aktiviti gotong-royong bersama Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) dalam perancangan kami selain menyediakan perkhidmatan kutipan sampah berjadual,” katanya ketika dihubungi.

Berkenaan isu parit di Kampung Kuantan, Thiban menjelaskan masalah infra itu berlaku sejak sekian lama.

“Hasil tinjauan mendapati parit bersebelahan jalan sudah lama dalam keadaan begitu. Kita akan cuba sedaya upaya untuk melakukan kerja pembersihan dan penyelenggaraan bersama Jabatan Pengairan dan Saliran.

“Pam air mudah alih juga akan dibeli dan disimpan untuk kegunaan kecemasan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Thiban menjemput usahawan di Parlimen Kuala Selangor menyertai majlis minum petang taklimat pembiayaan dan Tekun Nasional di ABZ Garden Hall, One Plaza Kuala Selangor pada 18 Februari ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619