BERITA UTAMA

EXCO: Selangor anjur pertandingan sukan maya, sasar 300,000 peserta

15 Jan 2021, 3:47 AM
EXCO: Selangor anjur pertandingan sukan maya, sasar 300,000 peserta

SHAH ALAM, 15 JAN: Pertandingan Selangor Xtiv Virtual 2021 dijadualkan bermula pada Mac dengan menyasarkan 300,000 peserta dari dalam dan luar negara, kata EXCO sukan.

Mohd Khairuddin Othman berkata penganjuran sukan secara maya seiring dengan kehendak golongan muda masa kini selain menjadi platform menonjolkan bakat e-sukan.

"Pertandingan yang julung-julung kali diadakan bermula Mei tahun lepas merekodkan lebih 180,000 penyertaan dan bilangan peserta ini di luar jangkaan kita.

"Selepas menerima sambutan menggalakkan, Kerajaan Negeri bersetuju untuk meneruskan pertandingan pada tahun ini ," katanya kepada SelangorKini hari ini.

Pertandingan merangkumi Selangor Xtiv Virtual e-Sport, Selangor Xtiv Virtual Run, Selangor Martial Art Xtiv, Selangor Xtiv Fifa Pro Club dan Selangor Xtiv Virtual Youth Busking.

Ia menarik penyertaan dari negara luar antaranya Singapura, Indonesia, Brunei, Jepun, India dan Amerika Syarikat.

Selangor satu-satunya negeri yang berjaya menganjurkan pertandingan program sukan secara maya berskala besar beserta hadiah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619