BERITA UTAMA

Selangor Xtiv Virtual sasar 300,000 peserta tahun ini

10 Jan 2021, 3:32 PM
Selangor Xtiv Virtual sasar 300,000 peserta tahun ini

SUNGAI BULOH, 10 JAN: Penganjuran Selangor Xtiv Virtual diteruskan tahun ini dengan menyasarkan 300,000 peserta dari seluruh negara.

EXCO sukan berkata keputusan itu berikutan sambutan menggalakkan tahun lalu dengan lebih 180,000 penyertaan sejak dilancarkan pada Mei 2020.

"Tahun ini kita mahu perluaskan program ke kawasan luar bandar untuk membantu belia menjana pendapatan melalui sukan terutama dalam tempoh perintah kawalan," kata Mohd Khairuddin Othman.

Program meliputi Selangor Xtiv Virtual e-Sport, Selangor Xtiv Virtual Run, Selangor Martial Art Xtiv, Selangor Xtiv Fifa Pro Club dan Selangor Xtiv Virtual Youth Busking.

Satu-satunya negeri yang berjaya menganjurkan pertandingan sukan maya berskala besar berserta hadiah, program itu turut menerima pengiktirafan Majlis Sukan Negara.

Ia turut menarik penyertaan luar negara antaranya Singapura, Indonesia, Brunei, Jepun, India dan Amerika Syarikat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619