AGENDA

Kempen Cuti-Cuti Malaysia 'santai di Zoo' tawar diskaun menarik

1 Jan 2021, 5:30 AM
Kempen Cuti-Cuti Malaysia 'santai di Zoo' tawar diskaun menarik
Kempen Cuti-Cuti Malaysia 'santai di Zoo' tawar diskaun menarik

KUALA LUMPUR, 1 JAN: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) menerusi agensinya Tourism Malaysia melancarkan Kempen Stimulus Cuti-Cuti Malaysia 'Santai di Zoo' dengan tawaran diskaun istimewa bagi tiket masuk bermula hari ini hingga 31 Mac.

Tourism Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata kempen di bawah Pelan Pemulihan Pelancongan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE), merupakan program kerjasama dengan Zoo Negara, Zoo Melaka serta Zoo Taiping & Night Safari.

"Program ini merupakan inisiatif kerajaan bagi merancakkan semula ekonomi negara melalui penglibatan penggiat industri pelancongan," menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Zoo Negara menawarkan 40 peratus diskaun bagi harga tiket masuk dewasa dan kanak-kanak kepada lebih 16,000 tiket yang pembelian boleh dibuat melalui platform Shopee.

Zoo Melaka menawarkan diskaun 30 peratus bagi tiket masuk dewasa dan kanak-kanak kepada lebih 20,000 pengunjung pertama dengan pembelian secara online di laman www.zoomelaka.gov.my.

Sementara lebih 30,000 pengunjung yang melawat Night Safari, Taiping akan menikmati diskaun 30 peratus bagi harga tiket masuk dewasa dan kanak-kanak.

Pembelian boleh dibuat melalui kaunter jualan tiket masuk di Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS) dan ia hanya sah untuk penggunaan pada hari Isnin hingga Jumaat sahaja.

- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619