AGENDA

Berita tular jangkitan Covid-19 berkait Zoo Melaka tidak benar

31 Dis 2020, 8:56 AM
Berita tular jangkitan Covid-19 berkait Zoo Melaka tidak benar

MELAKA, 31 DIS: Tiada sebarang kes jangkitan Covid-19 direkod berkaitan Zoo Melaka seperti yang tular di laman sosial Facebook baru-baru ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri Datuk Rahmad Mariman.

Beliau berkata setakat ini juga tiada arahan dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka kepada pengunjung ke lokasi pelancongan terkenal di Ayer Keroh itu supaya membuat ujian saringan.

"Ingin saya tegaskan apa yang tular itu adalah berita palsu yang direka oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk menakut-nakutkan orang ramai.

"Kebanyakan peningkatan kes di negeri ini tidak disebabkan penularan tempatan tetapi dikesan membabitkan mereka yang datang atau pulang dari zon merah, segelintirnya tidak menitikberatkan pematuhan tatacara operasi piawai (SOP) dan menyebabkan ia berjangkit kepada orang lain," katanya kepada pemberita selepas memantau SOP Covid-19 di Zoo Melaka hari ini.

Hadir sama Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datuk Shadan Othman dan Timbalan Pengarah Kesihatan Melaka (Kesihatan Awam) Dr Rusdi Abdul Rahman.

Mengulas mengenai pemantauan itu, beliau turut berpuas hati dengan pematuhan dan persiapan SOP yang disediakan pihak zoo kepada pengunjung termasuk menyediakan pelekat penjarakan fizikal satu meter di antara setiap keluarga.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619