BERITA UTAMA

Utamakan bercuti di Selangor dahulu, banyak lokasi menarik

30 Dis 2020, 1:08 AM
Utamakan bercuti di Selangor dahulu, banyak lokasi menarik
Utamakan bercuti di Selangor dahulu, banyak lokasi menarik

SHAH ALAM, 30 DIS: Penduduk di negeri ini yang berhasrat untuk melancong disarankan supaya mengutamakan bercuti dalam Selangor dahulu susulan peningkatan kes Covid-19, kata EXCO pelancongan.

Hee Loy Sian berkata banyak lokasi percutian menarik yang boleh dimanfaatkan tanpa perlu keluar dari Selangor walaupun tiada sekatan pergerakan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

"Kita akui bahawa ramai yang mahu melancong tetapi mereka diingatkan terus mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) dan seelok-eloknya tidak ke luar negeri kerana jangkitan Covid-19 masih tinggi.

"Justeru, mereka digalak pusing Selangor dahulu kerana kita memiliki tempat unik seperti Sky Mirror di Kuala Selangor sekali gus menyokong industri pelancongan negeri," katanya selepas menyerahkan dana kepada badan agama Kristian di sini, semalam.

Beliau menambah sektor pelancongan mula menunjukkan perkembangan positif berikutan permintaan menginap di hotel semakin meningkat.

"Kita nampak tempahan (hotel) sudah penuh walaupun caj sedikit mahal namun ini petanda yang baik untuk mengukuhkan industri pelancongan meskipun masih terikat dengan PKPB," katanya.

Pada 17 Disember lalu, Tourism Selangor melancarkan kempen 'Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu! bagi menggalakkan rakyat melancong ke pelbagai destinasi menarik di negeri itu.

Kerajaan Negeri juga melaksanakan program penebusan subsidi baucar pelancongan bernilai RM200 setiap seorang sebagai insentif.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619