BERITA UTAMA

PKPD Medan 88: 502 disaring, 51 positif Covid-19

19 Nov 2020, 4:52 AM
PKPD Medan 88: 502 disaring, 51 positif Covid-19

SHAH ALAM, 19 NOV: Bilangan individu positif Covid-19 di kawasan Medan 88 Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang kini 51 kes.

Pengerusi jawatankuasa pengurusan bencana daerah Sepang berkata jumlah itu bertambah berbanding semalam, 44 kes.

Menurut Mohamad Zain A Hamid pertambahan itu susulan ujian saringan Covid-19 ke atas penduduk yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

"Walaupun jumlah mereka yang dijangkiti wabak ini sentiasa ada setiap hari, orang ramai diminta bertenang dan sentiasa patuhi tatacara operasi piawai (SOP)

"Setakat pagi ini seramai 502 penduduk dan pekerja sekitar kawasan yang dikenakan PKPD telah disaring. Hasil daripada saringan itu, 51 individu positif wabak," katanya ketika dihubungi.

Dalam pada itu, Mohamad Zain meminta penduduk atau pekerja sekitar Medan 88 yang belum jalani saringan diminta beri kerjasama tampil segera melakukan saringan.

PKPD di Medan 88 berkuat kuasa 11 hingga 25 November melibatkan 88 unit rumah kedai, 284 premis dan 800 orang penduduk.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619