AGENDA

LRA Langat 2 siap sepenuhnya 31 Disember 2023

6 Nov 2020, 7:38 AM
LRA Langat 2 siap sepenuhnya 31 Disember 2023
LRA Langat 2 siap sepenuhnya 31 Disember 2023

SHAH ALAM, 6 NOV: Keseluruhan projek Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2 dijadual siap sepenuhnya pada 31 Disember 2023 dengan kos RM2.38 bilion.

EXCO alam sekitar dan teknologi hijau berkata projek dibangunkan Pengurusan Aset Air Berhad termasuk pembinaan kolam perkhidmatan dan sistem agihan bekalan air.

Hee Loy Sian berkata loji berkapasiti 1,130 juta liter sehari (JLH) itu mula beroperasi pada 21 Disember 2019 dengan kapasiti 565 JLH bagi Stream B.

[caption id="attachment_448757" align="alignleft" width="500"] Hee Loy Sian pada sesi soal sempena sidang Dewan Negeri Selangor di Shah Alam pada 6 November 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

"Stream A yang berkapasiti 565 JLH pula selesai pentauliahan dan diserahkan kepada Pengurusan Air Selangor Berhad pada 30 Oktober lalu.

"Bagaimanapun, oleh kerana jaringan paip agihan air bersih belum siap, kapasiti penuh LRA ini tidak dapat digunakan sepenuhnya dan hanya mampu membekalkan 430 JLH kepada pengguna," katanya.

Beliau menjawab soalan Ahli Dewan Negeri Semenyih Zakaria Hanafi pada sidang Dewan Negeri Selangor di sini hari ini.

Loy Sian menambah air bersih dari LRA tersebut dibekalkan ke wilayah Hulu Langat, Petaling dan Kuala Lumpur.

LRA Langat 2 dibina pada 2014 bagi memenuhi permintaan tinggi penduduk Lembah Klang berikutan pertumbuhan pesat dan mengelak krisis air.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619