AGENDA

Tindakan pantas LUAS atasi air keruh di Sungai Selangor

13 Ogos 2023, 9:08 AM
Tindakan pantas LUAS atasi air keruh di Sungai Selangor
Tindakan pantas LUAS atasi air keruh di Sungai Selangor

SHAH ALAM, 13 OGOS: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berjaya mengatasi aliran air keruh yang tinggi di Sungai Selangor, semalam.

EXCO Alam Sekitar memaklumkan LUAS segera mengaktifkan pelepasan air dari 'Hybrid off River Augmentation System' (HORAS) 600 dan kolam sumber air alternatif di Bestari Jaya.

Hee Loy Sian berkata pelepasan air dengan jumlah keseluruhan 900 juta liter sehari (JLH) itu dibuat bagi meningkatkan kadar pencairan di Sungai Selangor.

“Dalam masa sama, dua pintu di Baraj Bestari Jaya dibuka bagi mempercepatkan pencairan dan aliran keluar air kelodak ke hilir Sungai Selangor.

[caption id="attachment_597692" align="aligncenter" width="729"] Penguat kuasa mengambil sampel air sungai bagi mengatasi masalah aliran air keruh di Sungai Selangor pada 12 Ogos 2023. Foto Facebook Lembaga Urus Air Selangor[/caption]

“Bermula jam 5.55 petang semalam, bacaan kekeruhan di Sungai Selangor kembali menurun di bawah 1000 tingkat kekeruhan air (NTU) dan dijangka terus menurun sehingga ke bacaan normal,” katanya menerusi kenyataan media.

Loy Sian menjelaskan, aliran kekeruhan yang tinggi sehingga 6,000 NTU di Sungai Selangor itu mula dikesan LUAS pada jam 10.30 pagi semalam.

Beliau menambah, kejadian itu dipercayai berpunca daripada kesan aliran kepala air yang menyebabkan hakisan tanah di hulu kawasan alur Sungai Kerling di Hutan Simpan Gading, Hulu Selangor.

“LUAS akan terus membuat pemantauan di tapak sehingga isu kekeruhan ini selesai dan keadaan Sungai Selangor kembali normal,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619