AGENDA

EXCO: Tiada kesan cemar di Sungai Langat, loji kembali operasi 3.30 petang

11 Ogos 2022, 9:42 AM
EXCO: Tiada kesan cemar di Sungai Langat, loji kembali operasi 3.30 petang
EXCO: Tiada kesan cemar di Sungai Langat, loji kembali operasi 3.30 petang

SHAH ALAM, 11 OGOS: Tiada sisa bahan kimia dikesan di kawasan Sungai Langat susulan kemalangan sebuah lori kontena di Lebuhraya Karak-Bentong, Pahang menuju Kuala Lumpur kelmarin.

EXCO Alam Sekitar Hee Loy Sian berkata perkembangan itu berdasarkan siasatan dijalankan Lembaga Urus Air Selangor (Luas) sejak malam tadi.

Justeru, beliau memaklumkan loji rawatan air (LRA) Langat 2 yang dihenti tugas jam 4.30 pagi tadi kembali beroperasi pada 3.30 petang ini.

“Luas mengambil pendekatan proaktif bersiap siaga dan mempergiatkan operasi rondaan dan siasatan pemantauan di kawasan Sungai Langat secara menyeluruh.

“(Pemantauan) terutama di kawasan berisiko bagi menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya sisa bahan pencemar tersebut masuk ke kawasan sungai di Selangor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata agensi terbabit meneruskan pemantauan dari semasa ke semasa bersama pihak berkaitan bagi memastikan sumber air terpelihara.

“Walaupun insiden kemalangan ini berlaku di luar kawasan Selangor, ia berpotensi memberi kesan kepada Sungai Langat,” katanya.

[caption id="attachment_535125" align="aligncenter" width="711"] Bantuan alternatif melalui lori tangki mula digerakkan kepada pengguna dengan keutamaan untuk premis kritikal susulan henti tugas LRA Langat 2 pada 11 Ogos 2022. Foto Facebook Air Selangor[/caption]

Semalam, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menghentikan sementara operasi muka sauk di Sungai Semantan, Temerloh, Pahang bagi mengelak kemungkinan sisa berkenaan memasuki sistem operasi LRA Langat 2.

Ia berikutan kemalangan sebuah lori yang berlaku sekitar 20 kilometer dari Sungai Semantan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619