BERITA UTAMA

Smart Selangor Parking bakal dilaksana seluruh PBT

19 Okt 2020, 12:37 AM
Smart Selangor Parking bakal dilaksana seluruh PBT

SHAH ALAM, 19 OKT: Penggunaan aplikasi Smart Selangor Parking (SSP) yang bakal dilaksanakan di seluruh negeri dalam tempoh terdekat memberi penjimatan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).

EXCO kerajaan tempatan berkata sistem dalam talian itu turut mengurangkan penggunaan kertas dan penyelenggaraan mesin parkir, selain memudahkan urusan orang ramai.

"Kerajaan Negeri dalam peringkat akhir memuktamadkan perkara ini, cuma apa yang boleh katakan sistem yang bakal digunakan adalah canggih serta memudahkan kita semua kerana tidak perlu mencari ejen jualan kupon.

"Belanjawan Kerajaan Negeri pada setiap tahun menekankan usaha merealisasikan Selangor Negeri Pintar menjelang 2025 dan pelaksanaan SSP antara usaha ke arah tersebut," kata Sze Han kepada SelangorKini.

Pada 8 Februari, Sze Han berkata SSP yang diperkenalkan pada Julai 2018 menjadi aplikasi parkir nombor satu negara dengan 10 daripada 12 PBT negeri ini menggunakan aplikasi tersebut, selain Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Beliau berkata Selangor menyasarkan sejuta pengguna SSP pada tahun ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619