SELANGOR

Covid-19: Selangor catat 77 kes, kluster baharu dikesan

18 Okt 2020, 11:16 AM
Covid-19: Selangor catat 77 kes, kluster baharu dikesan

SHAH ALAM, 18 OKT: Kes harian Covid-19 di Selangor menurun kepada 77 kes hari ini berbanding 159 kes semalam, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata penularan di negeri ini dikesan menerusi saringan lapangan (35 kes), kluster sedia ada (32), kluster baharu dikenali kluster Auto (lima) dan kes import (lima).

"Kluster Auto dikesan melibatkan daerah Petaling, Kuala Langat dan Klang di Selangor serta daerah Seremban, Negeri Sembilan.

"Kes kluster ini dikesan hasil saringan individu bergejala pada 15 Oktober dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat dilakukan dan sebanyak lapan kes lagi dikesan," katanya pada sidang media hari ini.

Malaysia merekokan 871 kes baharu Covid-19 hari ini, tertinggi sejak penularan wabak tersebut menjadikan kes keseluruhan 20,498 dengan 7,049 daripadanya kes aktif.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619