AGENSI

Muzium Sultan Alam Shah dan lima lagi ditutup sehingga 27 Oktober

17 Okt 2020, 6:43 AM
Muzium Sultan Alam Shah dan lima lagi ditutup sehingga 27 Oktober

SHAH ALAM, 17 OKT: Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Selangor (PADAT) menutup muzium di bawah pentadbirannya bermula Rabu lalu hingga 27 Oktober bagi mengekang penularan Covid-19.

Penutupan melibatkan Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam; Muzium Sejarah Kuala Selangor; Muzium Insitu Jugra, Banting; Muzium Pertanian dan Perikanan Sabak Bernam; Istana Bandar, Kuala Langat serta Gedung Raja Abdullah, Klang.

"Tindakan ini sebagai langkah keselamatan kesihatan awam susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Patuh tatacara operasi piawai (SOP) dan jaga penjarakan sosial," katanya menerusi Facebook hari ini.

PKPB dilaksana di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mulai 14 hingga 27 Oktober.

Semalam negeri ini merekodkan 50 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 3,014 kes.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619