AGENSI

Bermalam di muzium bakal cipta rekod, pelajar buat tengkolok

30 Ogos 2019, 11:05 PM
Bermalam di muzium bakal cipta rekod, pelajar buat tengkolok

KUALA SELANGOR, 31 OGOS: Program "Bermalam di Muzium" kali ini menampilkan kelainan apabila salah satu aktiviti pelajar akan diajar membuat tengkolok menggunakan kain pelikat.

Kurator Kanan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Selangor (PADAT), Mohamad Aris Sahid berkata, ia bertujuan mencipta rekod "Malaysia Book of Records" di bawah kategori "Most number of participants wearing Tengkolok for an educational programme night at the museum".

Katanya, tengkolok cukup sinonim malahan ia menjadi salah satu trend pemakaian kepada anak muda masa kini dalam mengekalkan budaya dan identiti Malaysia khususnya.

"Jika kita lihat sebelum ini, pemakaian tengkolok hanya ketika kenduri kahwin atau majlis keraian khususnya namun kini kebanyakan anak muda sudah menjadikan ia trend untuk dipakai pada hari biasa.

"Aktiviti ini amat bagus kerana ia dapat mendidik jiwa anak muda sekali gus menyemai semangat dalam mengekalkan budaya dan identiti Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui SelangorKini selepas merasmikan Majlis Perasmian "Bermalam di Muzium" di Muzium Sejarah Kuala Selangor, di sini, semalam.

Pada masa sama, katanya, program "Bermalam di Muzium" adalah salah satu program utama Jabatan Muzium Malaysia (JMM) yang setiap tahun diadakan di semua muzium seluruh negara.

"Program "Bermalam di Muzium" adalah satu usaha institusi muzium untuk menerapkan kesedaran dalam kalangan pelajar berkenaan pentingnya pemahaman dan menghargai sejarah, budaya serta warisan negara.

“Sememangnya program ini tidak asing lagi di negara kita dan di Selangor kali ini memasuki tahun ketiga penganjurannya sejak 2016,” katanya.

Terdahulu, program "Bermalam di Muzium" tahun ini diadakan selama dua hari bermula semalam di Muzium Sejarah Kuala Selangor membabitkan pelajar sekolah menengah sekitar daerah berkenaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619