AGENDA

Persiaran Shorea dibuka tengah malam ini

28 Sep 2020, 11:42 AM
Persiaran Shorea dibuka tengah malam ini

SHAH ALAM, 28 SEPT: Persiaran Shorea di City of Elmina sepanjang 4.43 kilometer (KM) akan dibuka secara rasmi kepada pengguna bermula tengah malam ini.

Pengarah Urusan Kumpulan Sime Darby Property Datuk Azmir Merican berkata laluan dari Taman Saujana Utama ke pusat bandar Elmina itu memanfaatkan lebih 200,000 penduduk setempat.

“Pengguna jalan raya dari Saujana Utama juga dijangka dapat menjimatkan masa perjalanan ke akses utama Lebuhraya Koridor Guthrie.

“Di samping membantu penyuraian trafik, jalan ini berupaya menjimatkan masa sebanyak 20 minit bagi penduduk Elmina Green yang mahu ke Elmina Central Park,” katanya pada majlis perasmian di Persiaran Shorea hari ini.

Beliau menjelaskan, persiaran itu juga menghubungkan Elmina Green ke Pusat Bandar Elmina serta membantu penyambungan perjalanan pengguna dari City of Elmina ke Lebuhraya Damansara-Shah Alam (DASH) yang dijangka siap akhir tahun ini.

Majlis perasmian disempurnakan EXCO Infrastruktur dan Kemudahan Awam Ir Izham Hashim bersama EXCO Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan Mohd Khairuddin Othman, Datuk Bandar Shah Alam Dato' Haris Kasim serta Ahli Parlimen Sungai Buloh R Sivarasa.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619