AGENDA

Kerajaan tekad selesaikan isu kesesakan trafik di ibu kota

22 Jan 2024, 3:00 PM
Kerajaan tekad selesaikan isu kesesakan trafik di ibu kota

KUALA LUMPUR, 22 JAN: Kerajaan komited dalam menyelesaikan isu kesesakan trafik di ibu kota melalui perbincangan bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Polis Diraja Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata masalah itu sudah lama berlaku dan perlu ada penyelesaian.

“Kita tahu punca kesesakan trafik di ibu kota ini kebanyakannya melibatkan urusan pengguna jalan raya yang keluar untuk bekerja dan lain-lain urusan, maka saya galakkan orang awam untuk menggunakan pengangkutan awam bagi mengurangkan kesesakan trafik,” katanya selepas melakukan lawatan kerja di Balai Polis Trafik Tun H.S Lee di sini hari ini.

Beliau berkata Jawatankuasa Kabinet bagi mengatasi masalah kesesakan trafik juga telah mengemukakan beberapa cadangan.

"Kami mendapati kesesakan trafik akan berlaku pada waktu puncak bermula 6 pagi dan waktu pulang kerja,” katanya sambil menambah mengikut rekod, antara 1.3 juta hingga 1.5 juta kenderaan memasuki ibu kota setiap hari.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619