AGENSI

Elak gelombang kedua Covid-19, patuhi SOP - STFC

24 Sep 2020, 2:08 AM
Elak gelombang kedua Covid-19, patuhi SOP - STFC

SHAH ALAM, 24 SEPT: Masyarakat diingatkan jangan alpa serta tidak membiarkan gelombang kedua Covid-19 berlaku di Malaysia, kata Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC).

Justeru STFC meminta orang ramai patuh tatacara operasi piawai (SOP) Kementerian Kesihatan dan saling berpesan mengenai kepentingan penjarakan fizikal, pelitup muka serta kerap basuh tangan.

"Jangkitan masih terkawal di Selangor. Hari ini, masuk hari kelapan sejak kali terakhir Selangor dicatatkan sebagai negeri zon hijau. Kes aktif juga mencecah 5.

"Tentukan mukim, rujuk info grafik untuk mengetahui status kes aktif Covid-19 di tempat anda," katanya menerusi Facebook.

Selangor merekodkan dua kes baharu Covid-19 semalam membabitkan saringan ketika masuk kerja manakala kes kedua mempunyai sejarah perjalanan ke Semporna, Sabah.

Berikutan itu Klang menjadi daerah terbaharu berstatus zon kuning di Selangor selepas Hulu Langat, Petaling dan Sepang.

Secara keseluruhan kes baharu Covid-19 di Malaysia melonjak kepada tiga angka apabila 147 kes direkodkan dengan tiga kematian semalam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619