AGENDA

Tiga sektor penting Pulau Pinang boleh dikongsi dengan Selangor

12 Sep 2020, 12:04 AM
Tiga sektor penting Pulau Pinang boleh dikongsi dengan Selangor

GEORGETOWN, 12 SEPT: Industri makanan halal, agroteknologi dan perusahaan sosial (social enterprise) antara kekuatan menarik dimiliki Pulau Pinang yang boleh dikongsikan kepada Selangor.

EXCO Perdagangan Antarabangsa, Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Pembangunan Usahawan Pulau Pinang Dato' Abdul Halim Hussain berkata pihaknya percaya wujud sinergi kukuh antara kedua-dua negeri bagi meningkatkan kerjasama dalam sektor terbabit.

“Sebagai contoh, kita mempunyai teknologi pesat yang membawa kepada penghasilan produk berasaskan agro dan makanan halal. Sudah tentu, ini (sektor) yang kita boleh bekerjasama pada masa akan datang.

“Manfaat ini bukan sahaja kepada kedua-dua pihak (Selangor dan Pulau Pinang) tetapi kita mahu sampai ke tahap lebih tinggi iaitu global,” katanya selepas menerima rombongan delegasi pejabat EXCO Usahawan Selangor ke Pulau Pinang bersama Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) di Bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini semalam.

Abdul Halim turut berbesar hati menerima kunjungan tersebut selain berharap hasrat menjadikan Selangor dan Pulau Pinang sebagai pelopor dalam agenda pembangunan usahawan di negara ini tercapai.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619