AGENDA

Persidangan halal Selangor jadi rujukan Pulau Pinang anjur ekspo

6 Mac 2022, 9:46 AM
Persidangan halal Selangor jadi rujukan Pulau Pinang anjur ekspo
Persidangan halal Selangor jadi rujukan Pulau Pinang anjur ekspo

SHAH ALAM, 6 MAC: Persidangan Antarabangsa Halal Selangor (Selhac) dijadikan rujukan Kerajaan Pulau Pinang untuk menganjurkan Ekspo Dan Persidangan Halal Antarabangsa Penang (Pihec) 2022 pada 1 Julai nanti.

EXCO Perdagangan, Industri dan Pembangunan Usahawan Pulau Pinang Dato’ Abdul Halim Hussain berkata pihaknya datang ke persidangan tersebut bersama beberapa usahawan untuk melihat sendiri sambutan pengunjung.

"Saya tidak ragu-ragu menganjurkan Pihec kerana mendapati ekspo di Selangor ini masih lagi relevan dan kehadiran orang ramai amat memuaskan khususnya usahawan yang ingin menjalin kerjasama dalam hubungan perniagaan ke perniagaan (B2B).

"Selain itu, ini peluang usahawan Pulau Pinang memperluaskan pasaran produk ke Selangor dan tidak terhad di satu negeri sahaja. Buat masa ini, usahawan menyertai Selhac berpuas hati serta memaklumkan bertemu dengan rakan kongsi," katanya kepada SelangorKini.

Sementara itu, usahawan produk kecantikan, Siti Nurazlina Mat Saad berkata pihaknya bersyukur diberi peluang memperluas jaringan perniagaan di Selangor menerusi Selhac.

[caption id="attachment_511692" align="aligncenter" width="550"] Siti Nurazlina Mat Saad membuat corak inai kepada pengunjung di gerainya pada Persidangan Antarabangsa Halal Selangor (Selhac) di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Shah Alam pada 6 Mac 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

"Kerajaan Pulau Pinang beri peluang kepada produk saya iaitu inai yang boleh digunakan di tangan dan rambut untuk dipromosi di sini serta menembusi pasaran halal antarabangsa.

"Setakat ini, sambutan memuaskan dan dikunjungi beberapa pihak yang mahu bekerjasama bagi segmen pengeluaran produk tulen (OEM) serta mendapat ejen baharu," kata pengasas produk Inaicubits.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619