AGENDA

Syarikat swasta manfaat tawaran JPJ, bayar saman tertunggak RM500,000

9 Sep 2020, 12:05 AM
Syarikat swasta manfaat tawaran JPJ, bayar saman tertunggak RM500,000

KUALA LUMPUR, 9 SEPT: Sebuah syarikat swasta yang membayar saman tertunggak kira-kira RM500,000 adalah antara pihak yang memanfaatkan tawaran pengurangan 70 peratus saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Ketua Bahagian Penguatkuasa JPJ Selangor, Mohamad Hafiz Usman berkata syarikat pembersihan itu adalah antara yang menjadikan JPJ Selangor berjaya mengutip sebanyak RM1.604 juta saman tertunggak menerusi tawaran itu sehingga 31 Ogos lepas.

Beliau berkata syarikat berkenaan menggunakan peluang yang ada untuk menyelesaikan saman tertunggak mereka.

"Namun saya percaya ramai lagi yang akan menyelesaikan saman mereka terutama pada hujung bulan ini dan menjadikan JPJ Selangor antara yang menerima kutipan tertinggi di Malaysia," katanya kepada pemberita ketika selepas Ops Fancy di Plaza Tol Batu 9, di sini, malam tadi.

Mohamad Hafiz berkata jumlah yang berjaya dikutip itu membabitkan 21,476 saman dan tawaran pengurangan itu akan diteruskan sehingga 30 September ini.

Beliau berkata tawaran itu boleh dimanfaatkan oleh penerima semua jenis saman JPJ kecuali saman yang melibatkan kes di mahkamah.

Sementara itu, Mohamad Hafiz berkata Ops Fancy pada malam tadi melibatkan 139 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi termasuk JPJ, polis, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar.

"Sebanyak 662 saman JPJ telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan kebanyakannya kerana tiada lesen memandu dan lesen memandu tamat tempoh," katanya.

Beliau juga berkata dalam lapan operasi berskala besar yang dijalankan JPJ Selangor sepanjang bulan lepas, sebanyak 4,737 saman dikeluarkan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619