ADN

Wakil rakyat sokong pinda akta air, beri hukuman berat

5 Sep 2020, 12:16 AM
Wakil rakyat sokong pinda akta air, beri hukuman berat

SHAH ALAM, 5 SEPT: Ahli Dewan Negeri Kota Anggerik bersetuju Akta Industri Perkhidmatan Air dan Akta Kualiti Alam Sekeliling dipinda bagi memberi hukuman lebih berat kepada pesalahnya.

Najwan Halimi berkata demikian berhubung cadangan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin melalui Twitternya malam tadi.

“Syor sama telah dikemukakan tatkala saya bahas usul Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pengurusan Sumber Air Selangor berhuhung Pencemaran Sumber Air Sehingga Menyebabkan Henti Tugas Tidak Berjadual Loji-Loji Rawatan Air Dan Pembekalan Semasa Kecemasan, Julai lalu,” katanya melalui medium sama.

Semalam, Najwan yang juga ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Pengurusan Sumber Air bagi Dewan Negeri Selangor meminta undang-undang pencemaran air diperketatkan bagi menghalang pencemaran berulang sehingga menjejaskan ramai pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Beliau berpendapat Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999 harus dipinda segera supaya hukuman lebih berat dapat dikenakan terhadap pesalah pencemaran air serta membolehkan hukuman penjara dan jumlah denda dipertingkatkan berikutan peruntukan sedia ada kurang tegas sehingga banyak pihak berani melanggar undang-undang.

Khairy dalam cadangannya berkata, "Wajar kerajaan meminda Akta Industri Perkhidmatan Air & Akta Kualiti Alam Sekeliling untuk memperuntukkan hukuman yang lebih berat kepada mereka yang mencemarkan sumber air. Sumber air perlu dilihat sebagai kategori keselamatan negara. Akan dibawa ke Jemaah Menteri".

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619