AGENDA

Sultan Selangor, presiden FAM bincang isu bola sepak negara

2 Sep 2020, 8:58 AM
Sultan Selangor, presiden FAM bincang isu bola sepak negara

SHAH ALAM, 2 SEPT: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima menghadap presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam, hari ini.

Dalam pertemuan itu, Datuk Hamidin Mohd Amin menyembah maklum perkembangan semasa bola sepak negara, termasuk proses penswastaan dan pemisahan persatuan kepada kelab.

"Turut dibincangkan ialah peta hala tuju F:30 yang dilancarkan 31 Oktober 2018 dan perancangan membina ibu pejabat baharu FAM serta pusat latihan kebangsaan moden di Putrajaya.

"Hamidin turut mengambil kesempatan memaklumkan impak Covid-19 terhadap industri bola sepak negara, selain persiapan skuad kebangsaan menghadapi kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 yang ditangguhkan tahun depan susulan pandemik berkenaan," menurut FAM menerusi Facebook.

Pertemuan itu turut membincangkan usaha melaksanakan program pembangunan akar umbi di Selangor yang selaras dengan Piagam SupaRimau FAM.

Hamidin yang mengenali Sultan Sharafuddin sejak 1988 pernah menjadi setiausaha agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) ketika baginda memegang jawatan presiden pada 2000.

Beliau yang pernah dilantik sebagai setiausaha agung FAM pada 2013 juga bergiat aktif dalam Kelab Penyokong Bola Sepak Selangor (SSFC).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619