AGENSI

PPAS perkenal ulasan buku berkonsep video

2 Sep 2020, 2:58 AM
PPAS perkenal ulasan buku berkonsep video

SHAH ALAM, 2 SEPT: Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) memperkenalkan ulasan buku berkonsepkan video bagi mempromosi judul kurang laris dalam kalangan peminjam.

Pengarahnya, Mastura Muhamad berkata usaha berkenaan antara strategi publisiti bagi menarik minat pembaca terhadap naskah tersebut dengan sasaran tiga judul ulasan setiap bulan.

"PPAS buat ulasan buku dengan konsep video selama enam hingga 10 minit dan sebarkannya di media sosial. Kita akan pilih buku terbaik seperti karya agung untuk dikupas pembaca yang selesai menelaah naskah berkenaan.

"Setakat ini usaha tertumpu kepada karya agung dikeluarkan sendiri Kerajaan Negeri menerusi Projek Pencerahan Selangor," katanya ketika dihubungi.

Beliau menjelaskan sebanyak 34 tajuk buku sudah diterjemahkan dan dua video ulasan dihasilkan setakat ini.

Kerajaan Negeri melalui Projek Pencerahan Selangor berjaya menterjemah beberapa karya agung dari pelbagai bahasa termasuk bahasa Arab, bahasa Perancis dan juga bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu.

Malah penerbitan buku audio juga merupakan salah satu komponen projek terbabit yang dijayakan dengan kerjasama PPAS.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619