AGENSI

Pesta buku kanak-kanak sasar lebih 100,000 pengunjung, sedia aktiviti bengkel komik

13 Jul 2024, 8:14 AM
Pesta buku kanak-kanak sasar lebih 100,000 pengunjung, sedia aktiviti bengkel komik
Pesta buku kanak-kanak sasar lebih 100,000 pengunjung, sedia aktiviti bengkel komik

SHAH ALAM, 13 JULAI: Lebih 100,000 pengunjung disasar hadir ke Pesta Buku Kanak-Kanak Selangor anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dari 24 hingga 28 Julai ini.

Berlangsung lima hari di Kompleks PKNS Shah Alam di sini, Pengarah PPAS Datin Paduka Mastura Muhamad mempelawa ibu bapa berkunjung ke pesta itu dengan membawa anak mereka.

“Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang pesta itu berlangsung antaranya bengkel melukis, bengkel menghasilkan komik daripada tenaga pengajar berpengalaman, sesi bual bicara bersama ilustrator dan penulis buku.

“Kelainan pada tahun ini juga adalah kita mahu mengangkat komik yang baharu dan lama, popular atau kurang popular kita akan gandingkan kerana komik sebenarnya bagus, bermanfaat dan menggembirakan kanak-kanak,” katanya.

Bercakap ketika bersiaran menerusi program Hai Selangor terbitan Selangor TV, Mastura berkata menariknya sepanjang pesta buku itu turut diadakan sesi cabutan bertuah kepada 20 pengunjung setiap hari.

Jelasnya, pengunjung hanya perlu membuat pembelian serendah RM30 sekali gus melayakkan mereka menyertai cabutan bertuah dan memenangi wang tunai RM500.

“Saya pelawa rakyat Selangor mahupun luar negeri datang ke pesta buku kanak-kanak ini kerana mereka berpeluang bertemu ilustrator, penulis mahupun penulis komik kegemaran mereka.

“Kita juga menyediakan ruang ‘book & coffee’ yang mana di situ pengunjung boleh minum kopi percuma sambil membaca buku secara santai serta mendengar perkongsian daripada beberapa individu jemputan,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619