AGENSI

PBAKL: Sembang santai bersama Imuda antara tarikan Pavilion Selangor

26 Mei 2025, 2:00 AM
PBAKL: Sembang santai bersama Imuda antara tarikan Pavilion Selangor
PBAKL: Sembang santai bersama Imuda antara tarikan Pavilion Selangor
PBAKL: Sembang santai bersama Imuda antara tarikan Pavilion Selangor
PBAKL: Sembang santai bersama Imuda antara tarikan Pavilion Selangor

KUALA LUMPUR, 26 MEI: Sesi sembang santai bersama lagenda karikatur seperti Imuda menjadi tarikan utama Pavilion Selangor pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) .

Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Datin Paduka Mastura Muhamad berkata pihaknya turut menampilkan penulis dan penerbit tempatan lain sebagai ruang berkongsi idea serta pengalaman karya yang dihasilkan mereka kepada pengunjung.

“PPAS mahu memberi ruang kepada penulis yang tidak mendapat peluang oleh syarikat penerbit besar untuk memaparkan hasil karya mereka melalui PBAKL.

[caption id="attachment_702823" align="alignleft" width="500"] Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Datin Paduka Mastura Muhamad di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 25 Mei 2025. Foto HARUN TAJUDIN0/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Aktiviti menarik lain yang disediakan membaca buku cerita dengan kanak-kanak dan kuiz. Selain itu, terdapat jualan pastry bersama kopi oleh usahawan tempatan di ruang bacaan,” katanya ketika ditemui Media Selangor.

Pada masa sama, beliau memberitahu petugas Pavilion Selangor turut membuat hebahan informasi berkaitan dasar Kerajaan Negeri kepada orang ramai.

“Saya harap masyarakat mengambil peluang bertanya inisiatif disedia pentabiran negeri seperti pinjaman perniagaan, biasiswa pendidikan dan rumah mampu milik.

“Alhamdulillah sambutan menggalakkan sejak Jumaat, saya ucap terima kasih dan tahniah kepada ibu bapa, individu dan anak muda yang hadir ke pesta buku ini,” ujarnya.

April lalu, Pengerusi Pengelola PBAKL Mohd Khair Ngadiron berkata pihaknya menjangkakan 1.9 juta pengunjung hadir ke PBAKL sepanjang 10 hari berlangsung di WTCKL.

[caption id="attachment_702806" align="aligncenter" width="1170"] Buku biografi Suri Hati Nabi terjemahan Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) mencatat jualan tertinggi sejak hari pertama Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. Pengunjung tidak melepaskan peluang mendapatkan naskhah tersebut ketika tinjauan Media Selangor di reruai IBDE pada 25 Mei 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_702805" align="aligncenter" width="1192"] Pengunjung tidak melepaskan peluang melihat pelbagai jenis buku di reruai IBDE sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpr di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada 25 Mei 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619