AGENSI

Yide-YaPEIM kerjasama bantu golongan kurang mampu

1 Sep 2020, 1:01 PM
Yide-YaPEIM kerjasama bantu golongan kurang mampu

SHAH ALAM, 1 SEPT: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) mengadakan perbincangan dua hala di Ibu Pejabat YaPEIM dekat Petaling Jaya baru-baru ini.

Pengurus Besar Yide, Nur Mohd Razali Abdullah berkata pertemuan itu membincangkan mengenai kerjasama dalam aktiviti kebajikan untuk membantu golongan kurang mampu berdasarkan kelebihan kedua-dua yayasan tersebut.

"Kita akan bergabung dan gunakan kelebihan yayasan masing-masing untuk aktiviti kebajikan. Malah, kerjasama ini juga dapat memaksimumkan fungsi institusi ini di peringkat Selangor," katanya dalam kenyataan.

Pada pertemuan 27 Ogos lalu, YaPEIM diwakili oleh Pemangku Ketua Pengarah YaPIEM, Pariha Hasan; Pengarah Kanan Pengurusan Dana Infaq dan Pembangunan Sosio-Ekonomi, Mohammad Zamri Zakaria manakala Yide diketuai Nur Mohd Razali dan Pengurus Operasi, Md Arifin Jaafar.

Untuk maklumat lanjut mengenai peranan Yide, boleh hubungi ibu pejabatnya di talian 03-5510 3931, e-mel ke publisiti@yide.com.my atau layari www.yide.com.my.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619