AGENSI

YaPEIM hulur sumbangan kepada pesakit, petugas Pusat Dialisis Mais

4 Dis 2020, 9:42 AM
YaPEIM hulur sumbangan kepada pesakit, petugas Pusat Dialisis Mais
YaPEIM hulur sumbangan kepada pesakit, petugas Pusat Dialisis Mais

SHAH ALAM, 4 DIS: Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) menghulurkan bantuan makanan asas kepada 115 individu dalam kategori keluarga berpendapatan rendah (B40) dan petugas Pusat Dialisis Majlis Agama Islam (Mais) menerusi program Foodbank YaPEIM 2.0, hari ini.

Pengurus YaPEIM, Muhammad Fazli Suhailin berkata program dengan kerjasama Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) berkenaan bertujuan meringankan beban mereka yang terjejas ekoran pandemik Covid-19.

[caption id="attachment_452142" align="alignright" width="500"] Salah seorang penerima bantuan, Kamarudin Harun meluahkan rasa syukur di atas sumbangan diterimanya dalam program Foodbank Yapeim 2.0 ketika ditemui di Pusat Dialisis Mais Seksyen 3, Shah Alam pada 4 Disember 2020. Foto Yide[/caption]

"Kami memberi bantuan berupa makanan kering dan satu kilogram daging segar kepada setiap seorang dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM16,000 ,"  katanya ketika ditemui di Pusat Dialisis Mais Seksyen 3 di sini hari ini.

Sementara itu, seorang penerima, Kamarudin Harun,74, berharap usaha YaPEIM membantu golongan terjejas diteruskan pada masa depan.

"Bantuan ini sedikit sebanyak meringankan beban saya, inisiatif ini wajar diteruskan," katanya yang sudah empat tahun mendapat rawatan di pusat dialisis Mais.

Seorang lagi penerima yang juga ketua jururawat di pusat dialisis Mais, Norazlinda Radzi berkata beliau menghargai sumbangan yang diberikan kepada petugas barisan hadapan.

"Terima kasih YaPEIM di atas sumbangan ini yang telah menampung keperluan seharian kami ketika mendepani cabaran bertugas dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619