EXCO

Kumpulan pertama RiDE dipilih September ini

16 Ogos 2020, 8:19 AM
Kumpulan pertama RiDE dipilih September ini

SHAH ALAM, 16 OGOS: Kumpulan pertama yang layak menerima inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) bakal dipilih September ini, kata EXCO pembangunan generasi muda.

Mohd Khairuddin Othman berkata seramai 500 peserta dipilih berdasar kelayakan dan mereka bakal menerima sijil dan sumbangan daripada Kerajaan Negeri.

"Sambutan amat memberangsangkan dari hari ke hari permohonan RiDE sentiasa meningkat. Kita sasar bulan depan (September) kira-kira 500 peserta dipilih bagi kumpulan pertama," katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata sehingga kini permohonan RiDE sudah mencecah 15,000 sejak dibuka pada 1 Ogos. Anak muda berusia bawah 30 tahun yang berminat masih boleh memohon inisiatif itu menerusi pautan http://msnselangor.gov.my.

RiDE menyasarkan 3,000 belia miskin bandar mendapat lesen motosikal B2 dan menerima latihan khusus, selain membuka peluang pekerjaan dengan kerjasama syarikat e-panggilan.

Belanjawan 2020 memperuntukkan dana awal RM1 juta bagi pelaksanaan inisiatif itu dan ditambah RM1 juta lagi melalui Pelan Pemulihan Ekonomi Selangor 2020 pada 13 Julai lalu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619