PBT

Draf RKK Bandar Malawati: Orang awam diminta beri pandangan

4 Ogos 2020, 8:52 AM
Draf RKK Bandar Malawati: Orang awam diminta beri pandangan

KUALA SELANGOR, 4 OGOS: Orang awam diminta memberi pandangan berhubung Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Bandar Malawati Kuala Selangor 2025 yang dilancarkan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS).

Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari berkata konsep perancangan bersama dan mesra rakyat membantu Kerajaan Negeri serta pihak berkuasa tempatan mendapat keputusan lebih cepat dan tepat.

"Kerjasama ini akan membentuk persekitaran pembangunan yang lebih sistematik dan berkesan, malah persekitaran yang mampan dan kehidupan penduduk lebih selesa dan berkualiti dapat dicapai.

"Justeru, saya menyeru agar semua penduduk di bandar Kuala Selangor dapat memanfaatkan peluang semasa tempoh publisiti ini dijalankan, anda boleh mengemukakan bantahan atau cadangan," katanya ketika berucap pada majlis perasmian di Dataran Malawati, hari ini.

Amirudin menjelaskan orang ramai mempunyai tempoh sehingga akhir Ogos ini untuk berbuat demikian dan mereka boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai projek itu menerusi laman web rasmi MDKS atau memuat naik aplikasi RKKBMKS di Google Play.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619