AGENSI

Rancangan Kawasan Khas Bandar Malawati 2025 bangun potensi pelancongan

4 Ogos 2020, 7:26 AM
Rancangan Kawasan Khas Bandar Malawati 2025 bangun potensi pelancongan

KUALA SELANGOR, 4 OGOS: Potensi pelancongan berasaskan warisan, sejarah dan alam semula jadi dibangunkan menerusi Rancangan Kawasan Khas (RKK) Bandar Malawati Kuala Selangor 2025.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata pembangunan meliputi 11 projek berimpak tinggi, 24 projek sokongan dan 17 projek jangka pendek (quick win).

"Kesemua projek berimpak besar serta memberi kesan jangka panjang kepada pertumbuhan ekonomi Kuala Selangor. RKK juga mewujudkan persekitaran perbandaran yang kondusif bagi ekonomi hijau, pemeliharaan alam sekitar, warisan dan sejarah serta pelancongan berasaskan komuniti," katanya.

Beliau berucap pada Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf RKK Bandar Malawati Kuala Selangor 2025 di Dataran Malawati di sini hari ini.

Hadir sama, EXCO negeri Ng Sze Han dan Rodziah Ismail, Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Rahilah Rahmat dan Ahli Dewan Negeri Bukit Melawati Juwairiyah Zulkifli.

Maklumat lanjut berkaitan projek tersebut boleh didapati menerusi laman sesawang MDKS atau muat naik aplikasi RKKBMKS di Google Play.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619