SELANGOR

21 warga tempatan ditahan disyaki terlibat judi haram

1 Ogos 2020, 11:15 AM
21 warga tempatan ditahan disyaki terlibat judi haram

KUALA LUMPUR, 1 OGOS: Polis menahan 21 warga tempatan disyaki terlibat dalam kegiatan perjudian (mahjong) dalam Op Dadu di sebuah rumah di Jalan 20/7 Taman Paramount, Petaling Jaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata serbuan pada kira-kira 4 petang itu membawa kepada penahanan 16 lelaki dan lima wanita warga tempatan, berumur 35 hingga 77 tahun, termasuk seorang lelaki yang dipercayai pemilik premis.

"Pemeriksaan mendapati individu-individu berkenaan sedang leka berjudi mengunakan batu mahjong di atas sebuah meja dengan mempertaruhkan beberapa keping wang ringgit, serta cip yang boleh ditukarkan dengan nilai wang.

"Polis merampas pelbagai jenis barang yang disyaki digunakan untuk aktiviti perjudian (mahjong) dan wang tunai lebih kurang RM3,413," katanya dalam kenyataan hari ini.

Nik Ezanee berkata semua suspek disiasat di bawah Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan telah dibebaskan dengan jaminan polis.

"Mereka juga dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang kerana kesalahan di bawah Peraturan 11 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 7) 2020," katanya

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619