AGENDA

Kiswah baharu Kaabah dipasang pada Rabu

30 Jul 2020, 5:48 AM
Kiswah baharu Kaabah dipasang pada Rabu

MAKKAH, 30 JULAI: Kiswah Kaabah diganti pada Rabu malam dan proses itu dikendalikan oleh staf Presiden Umum untuk hal ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, sesuai dengan tradisi tahunan, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Timbalan Ketua Presiden Umum untuk hal ehwal Masjidil Haram, Ahmed bin Mohammed Al-Mansouri, dalam satu kenyataan berkata Kaabah telah dipasang dengan Kiswah baharu atau kelambu khas.

Kiswah diperbuat daripada 670 kilogram (kg) sutera berkualiti tinggi, 120 kg benang emas dan 100 kg benang perak.

Sebanyak 200 pekerja mahir terlibat dalam pembuatan kiswah itu di Kompleks Raja Abdul Aziz, kata Al-Mansouri.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619