AGENDA

Kementerian Kesihatan Arab lantik ketua kesihatan untuk setiap 50 jemaah haji

29 Jul 2020, 3:31 AM
Kementerian Kesihatan Arab lantik ketua kesihatan untuk setiap 50 jemaah haji

KUALA LUMPUR, 29 JULAI: Kementerian Kesihatan Arab Saudi menugaskan seorang ketua kesihatan untuk setiap 50 jemaah haji tahun ini, yang diadakan pada skala lebih kecil berbanding musim haji sebelum ini.

Langkah yang belum pernah diambil sebelum ini itu bertujuan untuk memastikan semua aspek kesihatan dilaksanakan berikutan penularan wabak Covid-19 di seluruh dunia, menurut kenyataan di laman web Kementerian Media Arab Saudi mengenai musim Haji 2020.

Setiap ketua kesihatan bertanggungjawab untuk memastikan jemaah di bawah jagaannya mematuhi langkah-langkah pencegahan kesihatan yang dikuat kuasa pihak berkuasa.

Langkah-langkah itu merangkumi penjarakan sosial dan pergerakan semasa ibadah haji dijalankan, demi keselamatan dan keselesaan jemaah, kata Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619