BERITA UTAMA

EXCO galak individu hilang kerja berniaga dalam talian

23 Jul 2020, 2:44 AM
EXCO galak individu hilang kerja berniaga dalam talian

SHAH ALAM, 23 JULAI: EXCO pembangunan usahawan menggalakkan individu yang hilang pekerjaan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berniaga secara dalam talian.

Rodziah Ismail berkata kaedah itu penting untuk menambah pendapatan terutama ketika penularan Covid-19 tetapi mereka dinasihatkan mempunyai ilmu atau asas perniagaan.

"Kerajaan Negeri prihatin masalah rakyat yang memerlukan pendapatan segera selepas hilang pekerjaan susulan pandemik, namun mereka digalakkan untuk memulakan langkah awal berniaga secara digital.

"Bagaimanapun, saya tidak menggalakkan mereka meniaga di kaki lima, jika perlu harus memohon lesen daripada pihak berkuasa tempatan bagi mengelakkan risiko tidak diingini berlaku," katanya kepada SelangorKini.

Laporan Sistem Insurans Pekerjaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menunjukkan individu hilang pekerjaan meningkat 42 peratus bagi suku pertama tahun ini.

Kadar pengangguran dijangka mencecah empat peratus pada 2020 berbanding 3.2 peratus semasa krisis kewangan Asia pada 1997 dan 3.7 peratus ketika kegawatan ekonomi pada 2018.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619