BERITA UTAMA

Selangor Advance selamatkan 50,000 individu hampir hilang kerja

24 Ogos 2021, 6:30 AM
Selangor Advance selamatkan 50,000 individu hampir hilang kerja

SHAH ALAM, 24 OGOS: Program Selangor Advance menyelamatkan pekerjaan 50,000 individu daripada 900 syarikat yang mengalami masalah aliran tunai akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata inisiatif yang diperkenal dalam Pakej Selangor Prihatin sebelum ini diteruskan menerusi Pakej Kita Selangor dengan memberi kemudahan tunai kepada syarikat terbabit untuk terus beroperasi ketika penularan Covid-19.

"Selangor Advance bantu 900 syarikat dan lebih 50,000 pekerja yang berkemungkinan diberhentikan kerja kalau aliran kewangan tidak dibantu," katanya dalam Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Beliau menjawab serentak soalan empat Ahli Dewan Negeri yang meminta penjelasan berhubung usaha kerajaan membantu syarikat terjejas akibat penularan Covid-19 dan isu berkaitan ekonomi negeri.

Soalan dikemukakan Chua Wei Kiat (PAKATAN-Rawang), Dr Daroyah Alwi (PPBM-Sementa), Lau Weng San (PAKATAN-Banting) dan Dato' Mohd Shamsuddin Lias (BN-Sungai Burong).

Beliau berkata perkembangan itu menunjukkan pelbagai inisiatif diperkenal menerusi beberapa pakej rangsangan sejak tahun lalu dapat memastikan ekonomi negeri ini terus bergerak dan membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Menurut Amirudin, transformasi pendigitalan perniagaan Kerajaan Negeri seperti membantu lebih 70,000 syarikat PKS yang berniaga dalam talian di platform terkenal.

"Hasil daripada RM7 juta dibelanjakan berjaya mencatat jualan langsung RM100 juta dan memberi kesan ekonomi melebihi RM1 bilion," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619