AGENSI

PREC: Tuduhan Ikhlas tidak berasas, Imigresen tambah sewa

11 Jul 2020, 12:57 AM
PREC: Tuduhan Ikhlas tidak berasas, Imigresen tambah sewa

SHAH ALAM, 11 JULAI: PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) menyifatkan tuduhan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berhubung perpindahan sebahagian kakitangan Jabatan Imigresen Selangor daripada Kompleks PKNS Shah Alam (KPSA) sebagai tidak berasas.

Pemangku Pengurus Pusatnya Syahril Mohd Rashid berkata pihaknya kesal dengan dakwaan dilempar Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (Ikhlas) berkaitan petugas jabatan itu dipindah ke Pusat Transformasi Bandar (UTC) Selangor.

“Mereka (Ikhlas) mengatakan separuh (kakitangan Imigresen Selangor) 'lari' ke UTC. Fakta itu tidak tepat sama sekali sebaliknya Ibu Pejabat Imigresen Selangor di tingkat dua menambah keluasan sewaan daripada 28,000 kaki per segi kepada 70,000 kaki per segi.

“Malah perkara ini (tambahan keluasan) sedang dijalankan dan segala pengubahsuaian dijangka dapat diselesaikan menjelang suku pertama tahun depan,” katanya pada sesi temu bual bersama SelangorKini.

Mengulas perpindahan Bank Simpanan Nasional (BSN) dari kompleks berkenaan, Syahril menjelaskan cawangan perbankan itu sudah memiliki bangunan sendiri di kawasan berhampiran.

Sementara itu, katanya penutupan cawangan restoran berasaskan makanan jalanan Thailand, Boat Noodle di KPSA adalah sejajar usaha pengecilan operasi dilakukan pengusahanya susulan situasi sukar akibat Covid-19.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619