AGENSI

PREC agih bantuan makanan, zakat kepada lima keluarga terjejas banjir

30 Dis 2021, 9:41 AM
PREC agih bantuan makanan, zakat kepada lima keluarga terjejas banjir

SHAH ALAM, 30 DIS: PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) mengagihkan bantuan makanan dan zakat kepada lima keluarga terjejas banjir di Meru, Klang dan Padang Jawa, Shah Alam hari ini.

Agensi berkata 'Misi Meringankan Beban dan Agihan Wang Zakat' itu dibantu enam artis dari Indigital Music iaitu Syahmi, Aufahanie, Nomad, Killa Driz, Aliff Iskandar dan Syafiq Naser.

"PREC menyumbang barangan asas seperti minyak masak, kopi, susu, teh, tisu tandas selain barangan elektrik dan dapur masak bagi menggantikan barangan mangsa yang rosak akibat banjir.

"Siri pengagihan zakat berjumlah RM40,500 akan dilakukan dari semasa ke semasa kepada 17 rumah terpilih dan dijangka selesai awal Januari 2022," katanya.

Tambahnya, usaha itu turut mendapat sokongan syarikat berjenama seperti Faiza yang menyumbang beras dan tepung manakala Adabi menyumbang makanan sedia dimakan seperti rendang daging, kari ayam, makanan ringan, selain tepung cucur dan banyak lagi.

Menurut PREC lagi, Bazaarlokal juga menganjurkan jualan amal bertemakan 'Charity Is Fun' bagi mengumpul dana untuk disalurkan kepada mangsa banjir.

"Pembelian boleh dibuat di booth Bazaarlokal yang terletak di aras bawah, SACC Mall dengan barangan premium serendah RM50 atau pembelian merchandize Bazaarlokal serendah RM1," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619