EXCO

Usahawan digalak sertai Seldec, tingkat upaya pasaran dalam talian

3 Jul 2020, 8:20 AM
Usahawan digalak sertai Seldec, tingkat upaya pasaran dalam talian

PETALING JAYA, 3 JULAI: Usahawan digalakkan menyertai program Rantaian E-Bekalan Digital Selangor (Seldec) bagi meningkatkan keupayaan sistem perniagaan dalam talian.

EXCO Usahawan berkata peniaga tidak boleh bergantung penjualan gerai secara fizikal semata-mata sebaliknya perlu meneroka peluang perniagaan melalui medium itu.

"Mereka (usahawan) boleh mendaftarkan diri lebih-lebih lagi kita sudah memiliki platform tersendiri yang membantu memperluaskan rangkaian perniagaan.

"Kita mahu wujudkan lebih banyak pusat pengumpulan (barangan) misalnya di Petaling Jaya terdapat banyak hasil daripada biokompos dan mungkin akan dipasarkan ke tempat lain, jadi kena ada penghantar serta tempat pengumpulan yang sudah dibincangkan bersama Seldec," kata Rodziah Ismail.

Bercakap pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Pasar Pagi SS2 MBPJ hari ini, Rodziah turut menjangkakan seramai 7,800 peluang pekerjaan ditawarkan menerusi rangkaian Seldec Rider.

"Justeru, Seldec akan memastikan rangkaian lebih besar di seluruh Selangor dapat diwujudkan dan paling penting sistem ini boleh menampung barangan agak sensitif seperti pemprosesan antaranya aiskrim dan kek," katanya.

Seldec diterajui Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd (SIC) dilancarkan pada 3 Oktober tahun lalu bagi menghubungkan pembeli dan penjual secara langsung melalui pautan https://www.seldec.com.my/en

Manakala Seldec Rider dilancarkan pada 20 Jun lalu yang mempelawa belia berusia 21 tahun ke atas menyertainya bagi menambah pendapatan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619