BERITA UTAMA

Elak senasib Broga, laluan keluar masuk Bukit Wawasan dikawal ketat

28 Jun 2020, 4:08 AM
Elak senasib Broga, laluan keluar masuk Bukit Wawasan dikawal ketat
Elak senasib Broga, laluan keluar masuk Bukit Wawasan dikawal ketat

PUCHONG, 28 JUN: Laluan keluar masuk ke Bukit Wawasan di sini dikawal rapi bagi mengelak kesesakan dan pencerobohan kawasan larangan, kata EXCO kerajaan tempatan.

Ng Sze Han berkata pemantauan dijalankan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang dan Persatuan Komuniti Bukit Wawasan bermula 8 pagi hingga 4.30 petang.

“Sukarelawan ditugaskan untuk menjaga laluan A (masuk) dan laluan B (keluar), memeriksa suhu dan merekodkan maklumat sebelum membenarkan pendaki masuk.

[caption id="attachment_420086" align="alignright" width="500"] Orang awam perlu menjalani pemeriksaan suhu badan dan menjaga jarak sosial sebelum dibenarkan mendaki di Bukit Wawasan, Puchong pada 28 Jun 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

“Rondaan juga dibuat bagi memastikan tiada pendaki melepasi kawasan larangan seperti ‘blue lagoon’ dan air terjun. Sekiranya dikesan, mereka (sukarelawan) akan lapor kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya selepas melawat tapak pendakian itu hari ini.

Bukit Wawasan atau Hutan Simpan Ayer Hitam dimiliki Universiti Putra Malaysia bagi aktiviti penyelidikan dan bukan dikategorikan sebagai hutan rekreasi.

Sementara itu, Ahli Dewan Negeri Kinrara berkata pihaknya tidak teragak-agak menutup kawasan tersebut sekiranya tatacara operasi piawai (SOP) terutama membabitkan penjarakan sosial gagal dipatuhi.

“Kita tidak mahu situasi sama seperti di Bukit Broga, Semenyih yang ditutup. Saya percaya mereka (pendaki) di sini mengikut SOP dan syarat tambahan persatuan komuniti demi keselamatan.

“Saya berterima kasih kepada polis dan persatuan komuniti kerana membantu Kerajaan Negeri mengawal keadaan di sini sebaiknya,” kata Sze Han lagi.

Bukit Broga ditutup selama dua minggu bermula semalam selepas pihak berkuasa mengesan pelanggaran SOP di kawasan pendakian terkenal itu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619