AGENSI

Polis puas hati pendaki Bukit Wawasan ikut SOP

28 Jun 2020, 5:36 AM
Polis puas hati pendaki Bukit Wawasan ikut SOP

PUCHONG, 28 JUN: Polis berpuas hati terhadap pematuhan tatacara operasi piawai (SOP) di tapak pendakian Bukit Wawasan di sini sejak dibuka semula pada 15 Jun lalu.

Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang berkata pihaknya juga tidak menerima laporan pencerobohan di kawasan larangan.

"Selepas dibuka kepada orang awam, kita terus buat pemantauan dan tidak mengesan sebarang kesalahan seperti mengambil hasil hutan, memburu atau berkelah,” kata Deputi Superitendan Pung Hing Chong ketika ditemui hari ini.

Sementara itu, katanya, pendaki yang memasuki kawasan larangan seperti ‘blue lagoon’ dan air terjun bakal dikenakan denda lebih tinggi kerana ia dipelihara bagi penyelidikan Universiti Putra Malaysia.

“Kebanyakan orang awam menganggap Bukit Wawasan ialah hutan rekreasi. Sekiranya polis mendapati ada kesalahan seperti itu, mereka didenda tidak lebih RM30,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-dua sekali,” tegasnya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619