ADN

Perusahaan di Balakong dipilih destinasi pelancongan pada 2021

23 Jun 2020, 12:43 AM
Perusahaan di Balakong dipilih destinasi pelancongan pada 2021

SERDANG, 23 JUN: Beberapa perusahaan di Balakong akan dimasukkan dalam senarai destinasi pelancongan di Selangor tahun depan, kata Ahli Dewan Negerinya.

Wong Siew Ki berkata sebagai permulaan pihaknya menyasarkan sekurang-kurangnya lima lokasi dipromosi dalam Program Pelancongan Industri dan Kilang yang menarik untuk dikunjungi.

"Di Balakong ada kilang aiskrim jenama Polar, saya rasa ramai tidak tahu ia adalah jenama tempatan begitu juga dengan industri bioteknologi seperti kulat.

"Kita sedang pilih beberapa perusahaan yang menepati syarat antaranya persekitaran kerja bersih, ada ruang pameran dan mempunyai keunikan atau kelebihan tersendiri," katanya kepada pemberita selepas melawat kilang Ligno Biotech Sdn Bhd dan Polar Ice Cream Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Balakong semalam.

Siew Ki berkata program pelancongan dijangka menyumbang antara 10 hingga 20 peratus kepada pendapatan perusahaan tersebut.

"Kita berharap pengusaha pelancongan lebih inovatif dengan menawarkan pakej pengembaraan dan menarik untuk memenuhi kehendak pelbagai segmen seperti menganjurkan lawatan ke kilang yang mempunyai ruang pameran bagi menikmati pengalaman membeli-belah," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619